|
SISTEM KAWALAN LAMPU ISYARAT
Konsep sistem lampu isyarat adalah
mudah di mana lampu isyarat menyala mengikut turutan dari lampu merah ke
lampu hijau dan lampu oren dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Sistem
lampu isyarat masa kini menjadi lebih kompleks kerana pertambahan persimpangan,
penggunaan sensor bagi mengesan kehadiran kenderaan dan kewujudan lampu isyarat
yang lebih pintar.
ASAS SISTEM KAWALAN
Untuk memahami lebih lanjut mengenai sistem kawalan lampu isyarat, kita perlulah
memahami asas sistem kawalan. Pada umumnya, sistem kawalan terbina daripada
satu kumpulan peranti dan peralatan elektronik
yang mana digunakan untuk kestabilan, ketepatan dan kelancaran dalam
sesuatu proses atau aktiviti pembuatan / perkilangan.
![]() |
Sistem kawalan elektrikal terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sistem
kawalan tradisional, moden dan masa kini. Evolusi yang berlaku pada sistem
kawalan melibatkan perubahan besar pada Proses/Kawalan, manakala peranti
masukan dan hanya mengalami sedikit perubahan sahaja.
SISTEM KAWALAN
|
PERANTI MASUKAN
|
PROSES/KAWALAN
|
PERANTI KELUARAN
|
Tradisional
|
Suis
Sensor
Limit Switch
Rotary Encoder
Keypad
|
Geganti/relay, timer, counter
|
Lampu
Motor
Buzzer
Heater
Solenoid valve
|
Moden
|
Litar elektronik
|
||
Masa kini
|
PLC, Mikroprocessor, Sistem Komputer
|
Peranti Masukan
Peranti masukan (input device)
adalah komponen yang mengesan perubahan fizikal.
Contoh perubahan fizikal itu ialah sentuhan, tekanan, suhu, cahaya, pergerakan,
magnet, radioaktif dan lain-lain lagi. Suis merupakan sejenis peranti masukan
manual yang biasa kita gunakan dalam sistem kawalan seharian. Contoh-contoh
lain ialah sensor, transducer, encoder dan limit switch.

Peranti Keluaran

Proses/Kawalan
- Geganti/relay
Geganti ialah sejenis
suis elektrik yang dikawal oleh peranti masukan yang lain. Geganti membenarkan
litar bervoltan atau arus rendah mengawal litar yang bervoltan atau arus yang
lebih tinggi. Ia banyak digunakan pada kenderaan, komputer dan litar kawalan di
industri.

|
|||
|
|||
- PLC
|

Dalam sistem automasi, PLC biasanya adalah
jantung kepada sistem kawalan. Dengan penggunaan program kawalan (disimpan
dalam memori PLC), untuk perlaksanaannya, PLC mengawasi sistem melalui tindak balas
isyarat daripada peranti masukan. Ia kemudiannya diprogram dan hasilnya
diperolehi pada peranti keluaran.
PLC boleh diguna untuk sistem kawalan yang
ringkas dan berulang atau boleh digabungkan
dengan sistem kawalan lain atau komputer melalui rangkaian komunikasi
untuk penyatuan proses kawalan yang lebih kompleks. PLC juga dikenali sebagai ‘programmable controllers’ yang boleh
memasukkan arahan seperti ‘sequencing, timing, counting, arithmetic, data manipulation, and communication’ untuk mengawal mesin dan
proses dalam industri. PLC adalah terbina daripada litar bersepadu menggantikan peranti elektromekanikal dalam
kawalan.
Program
Pengaturcaraan atau program diperlukan bagi memberi arahan kepada PLC
supaya beroperasi seperti yang dikehendaki. Pengaturcaraan PLC perlu ditulis
mengikut cara-cara tertentu supaya kegunaan peralatan memprogram dapat
berinteraksi dengan PLC dan isyarat masukan yang dimasukkan ke sistem PLC dapat
diterjemah dengan betul oleh CPU lalu menghasilkan isyarat keluaran sesuai
mengikut proses kerja yang dikehendaki. Ia boleh di program melalui Peripheral
Devices atau Alatan Memprogram seperti Programming Console, Personel Computer
(PC), Graphic Programming Console, Factory Programming Console atau PROM
Writer. Program yang ditulis akan disimpan dalam memori PLC.
Jenis-jenis bahasa
pengaturcaraan PLC
Menurut International Electrotechnical Commission (IEC 1131-3), terdapat 5
jenis bahasa pengaturcaraan bagi PLC bergantung pada negara, jenis perisian dan
kemudahan PLC yang digunakan. Bahasa-bahasa tersebut ialah;
- Ladder diagram
- Function block diagram
- Sequential function chart
- Instruction List atau Standard list
- Structured text
Di antara kelima-lima bahasa tersebut, Ladder
diagram ialah bahasa pengaturcaraan yang paling popular kerana ia mirip
kepada litar elektrik dan ia lebih mudah difahami berbanding bahasa-bahasa yang
lain.
![]() |
Dalam litar di atas, jika suis PB1 ditekan lampu L1 akan menyala. Manakala
apabila PB2 ditekan lampu akan padam. Litar elektrik itu dapat diterjemahkan
kepada ladder diagram dalam susunan
yang sama kecuali penggunaan simbol yang berlainan dan susunan ladder diagram mengunjur dari atas ke
bawah. Bentuk ladder diagram ini
menyerupai sebuah tangga, maka ia dikenali sebagai rajah tangga (ladder diagram)

Comments
Post a Comment