PLC - Programmable Logic Control

1. DEFINISI PLC Untuk pengetahuan anda, PLC di definisikan oleh National Electrical Manufacturers Association of Amerika  ( NEMA ) sebagai :Satu sistem elektronik beroperasi digital yang digunakan di dalam persekitaran industri, yang mana menggunakan ingatan yang boleh diaturcara untuk simpanan dalaman ke atas arahan-arahan untuk melaksanakan fungsi tertentu seperti logik, turutan, pemasaan, pembilang dan pengiraan matematik untuk mengawal berbagai mesin atau proses melalui modul masukan dan keluaran digital ataupun analog.” 2.  LATAR BELAKANG PLCKonsep PLC teah dicetuskan pada tahun 1968 apabila jurutera kilang General Motor (GM) di USA telah tidak berpuashati terhadap kaedah tradisi iaitu penggunaan geganti dalam skim pendawaian tetap. Mereka sering menghadapai masalah utama iaitu kerap berlaku kerosakan mekanikal pada geganti dan masalah mengesan kerosakan. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan model kereta di kilang mereka yang sentiasa bertukar.Oleh itu mereka terpaksa menggantikan peralatan kawalan setiap kali penukaran model dilakukan. Para jurutera tersebut telah menggariskan spesifikasi peralatan kawalan yang mereka perlukan. Keperluan utama mereka ialah seperti:
  • Mestilah mudah diprogramkan (Programmable) iaitu aturan (sequence) operasi mudah dilaksanakan tanpa perlu menukar komponen atau pendawaiannya.
  • Mestilah dapat beroperasi dengan jayanya (reliably) dalam suasana kilang iaitu mestilah tahan suhu sehingga 45 darjah
  • Mestilah dalam bentuk binaan ‘modular’ supaya kapasitinya dapat diperkembangkan seperti yang diingini.
  • Mestilah mudah dsemukakan (interface) kepada operator dan peralatan kawalan yang asas seperti butang tekan,suis penghad, sesentuh, solenoid dan lain-lain.
  • Lebih kecil daripada system kawalan geganti
  • Mudah diselenggarakan dan dibaikpulih.
 Bermula dari cetusan idea itu, evolusi PLC bermula. Di tahun 1976 pengguna telah dapat mengawal rak I/O daripada jauh (remote), dimana sebilangan besar punca I/O yang berada jauh diperhatikan (monitored) dan dikemaskinikan melalui sambungan komunikasi. Biasanya jarak tersebut ialah beberapa ratus meter dari PLC utama. 
 PLC yang pertama telah direka dan dibangunkan oleh Modicon sebagai pengganti geganti untuk kilang GM dan Landis. Sistem kawalan ini telah menghapuskan keperluaan untuk pendawaian semula dan penambahan perkakasan untuk setiap konfigurasi yang baru. Sistem baru ini telah meningkatkan kefungsian sistem kawalan yang mana pada masa yang sama telah mengurangkan ruangan untuk penyimpanan beribu-ribu relay. PLC yang pertama model 084 telah dicipta oleh Dick Morley pada tahun 1969. PLC berasaskan mikro pemprosesan telah diperkenalkan pada tahun 1977 oleh Allan Bradley Corp. Di Amerika. Ianya berasaskan kepada uP 8080.
Tahun
Bentuk pembangunan
1968
Konsep PLC dibangunkan
1969
Perkakasan pengawal CPU, dengan arahan logik, ingatan 1K dan 128 I/O
1976
Penggunaan beberapa pemprosesan dalam sebuah PLC, timer dan counter, operasi arithmetik, ingatan 12K dan 1024 I/O
1977
I/Ojarak jauh diperkenalkan
1980
Intelligent I/O dibangunkan. Kemudahan komunikasi diperkuat. Ciri-ciri perisian diperhebat. Penggunaan komputer peribadi sebagai alat bantuan memprogram
1983
PLC kecil berkos rendah diperkenalkan
1985 dan seterusnya
Jaringan (networking) semua PLC, komputer dan mesin di bawah spesifikasi.
 






3. Sejarah Kewujudan PLC

 Sejarah menunjukkan kerja-kerja perindustrian melalui beberapa tahap iaitu perindustrian menggunakan pacuan insani, perindustrian menggunakan mesin pacuan insani ( manusia dan haiwan ), perindustrian menggunakan mesin pacuan tekanan ( gas dan bendalir ) dan perindustrian menggunakan mesin pacuan elektrik. Kesemua tahap ini merupakan revolusi perindustrian.

  1. Mesin-mesin elektrik di tahap perindustrian mesin pacu Programmable Logic Controller elektrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu mesin pacuan elektrik tanpa kawalan dan mesin pacuan elektrik dengan kawalan. Mesin pacuan elektrik dengan kawalan ini lebih dikenali sebagai mesin automasi. Mesin pacuan elektrik dengan kawalan terbahagi pula kepada 2 iaitu mesin pacuan elektrik dengan kawalan geganti dan mesin pacuan elektrik dengan kawalan pemproses ( CPU ). Salah satu daripada peranti kawalan CPU adalah PLC. Setiap tahap yang dinyatakan dapat dilihat pada ketika ini. Kebanyakan mesin yang 


x

Comments

Popular posts from this blog