
SISTEM KAWALAN LAMPU ISYARAT Konsep sistem lampu isyarat adalah mudah di mana lampu isyarat menyala mengikut turutan dari lampu merah ke lampu hijau dan lampu oren dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Sistem lampu isyarat masa kini menjadi lebih kompleks kerana pertambahan persimpangan, penggunaan sensor bagi mengesan kehadiran kenderaan dan kewujudan lampu isyarat yang lebih pintar. ASAS SISTEM KAWALAN Untuk memahami lebih lanjut mengenai sistem kawalan lampu isyarat, kita perlulah memahami asas sistem kawalan. Pada umumnya, sistem kawalan terbina daripada satu kumpulan peranti dan peralatan elektronik yang mana digunakan untuk kestabilan, ketepatan dan kelancaran dalam sesuatu proses atau aktiviti pembuatan / perkilangan. Sistem kawalan elektrikal terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sistem kawalan tradisional, moden dan masa kini. Evolusi yang berlaku pada sis...